02 June 2025

Walimatulurus Amirul Shafiq - Keluarga ke 3 - Che Mah

Alhamdulillah, pada tanggal 1 Jun 2025 telah berlangsung majlis perkahwinan Amirul Shafiq dan pasangannya Nurfihauyunie. Majlis telah berlangsung di Dewan Orang Ramai, Jalan Palembang, Kpg Rantau Panjang, Klang Selangor.

                 Amirul Shafiq merupakan anak pertama bagi keluarga Abang Osman dan Kak Noor.

            Ucapan tahniah dan terima kasih kepada kedua ibubapa Amirul, Abg Osman atas terima menantu dan menjemput waris kaum kerabat Hj Samah utk sama-sama memeriahkan majlis.

               Tahniah sekali lagi kepada pasangan pengantin . Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan selamat datang ke keluarga besar Hj Samah. 

Jom layan gambar- gambar sekitar majlis.

Sillaturrahim Selamanya


















07 April 2025

Perkhabaran Dukacita - Hjh Fatimah bt Ahmad - Keluarga Ke 4 - Ahmad

       Pada tanggal 04 April 2025 bersamaan 05 Syawal 1446H, Hjh Fatimah Binti Ahmad Bin Hj Samah,  dari keluarga Ahmad generasi ke 2 Hj Samah telah kembali ke rahmatullah. 

       Jenazah beliau telah selamat di kebumikan di tanah perkuburan Felda Bukit Goh Kuantan Pahang. Takziah buat seluruh ahli keluarga beliau dan keluarga Ahmad (PakNjang Mad).

       Alfatihah buat Allahyarhammah Hjh Fatimah bt Ahmad. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang dikasihi  oleh Allah swt. Aaminn 





01 April 2025

Salam Lebaran 2025

            Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin buat semua waris keturunan Hj Samah. Semoga beroleh kebahgian dunia akhirat di samping keluarga tersayang.

Jom saksikan gambar-gambar kenangan yang ada dari group whatsapp.




















09 March 2025

Perkhabaran Dukacita - Mohd Hafizan Bin Hassan - Keluarga Ke 4 - Ahmad

         Pada tanggal 06 Mac 2025 bersamaan 05 Ramadan 1446H, Mohd Hafizan Bin Fatimah Binti Ahmad Bin Hj Samah,  dari keluarga Ahmad generasi ke 3 Hj Samah telah kembali ke rahmatullah. 

       Jenazah beliau telah selamat di kebumikan di tanah perkuburan Felda Bukit Goh Kuantan Pahang. Takziah buat seluruh ahli keluarga beliau dan keluarga Ahmad (PakNjang Mad).

       Alfatihah buat Allahyarham Mohd Hafizan Bin Hassan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang dikasihi  oleh Allah swt. Aaminn 






02 March 2025

Ramadan Kareem 2025

                Selamat menyambut bulan Ramadan buat semua keluarga Hj Samah. Semoga di beri kesihatan yang baik untuk beramal dan beribadah kepadaNya.. Aamiin







10 February 2025

Walimatulurus Muhammad Hakimi - Keluarga ke 7 - Hashim

        Alhamdulillah, pada tanggal 8 Februari 2025 telah berlangsung majlis perkahwinan Muhammad Hakimi dan pasangannya Nor Shafiza. Majlis telah berlangsung di Homestay FH Simpang Perupuk, Kubur Panjang, Pendang Kedah.

                 Muhammad Hakimi merupakan anak ke 3 bagi keluarga Pak Ngah Nasir MakNgah Azzah.

            Ucapan tahniah dan terima kasih kepada kedua ibubapa Hakimi, PakNgah Nasir atas terima menantu dan menjemput waris kaum kerabat Hj Samah utk sama-sama memeriahkan majlis.

               Tahniah sekali lagi kepada pasangan pengantin . Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan selamat datang ke keluarga besar Hj Samah. 

Jom layan gambar- gambar sekitar majlis.

Sillaturrahim Selamanya






23 January 2025

Perkhabaran Dukacita - Hazizah bt Omar - Keluarga ke 2 - Che Som

           Dimaklumkan Hazizah bt Omar dari keluar Che Som telah kembali rahmatullah pada 22 Januari 2025. Beliau aktif  sepanjang 6 bulan lepas menyusuri sillaturrahim waris keluarga hj Samah di Pattani dan seluruh Semenanjung...amat tak duga dengan berita mengejut ini. Semoga arwah dilimpahi rahmat dariNya Aamin.


         Lokasi di Felda Bukit Mendi,Triang Pahang. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga tabah menghadapi ujian dari Illahi.













21 January 2025

Walimatulurus Redha Syafiah - Keluarga ke 2 - Che Som

             Alhamdulillah, pada tanggal 19 Januari 2025 telah berlangsung majlis perkahwinan Redha Syafiah binti Ahmad Maliki dan pasangannya Muhammad Shahirfan bin Shahrizal. Majlis telah berlangsung d Kampung Timur Laut, Telok Kerang, Pontian, Johor.

      Ucapan tahniah dan terima kasih kepada kedua ibu Redha, Puan Rodziah atas terima menantu dan menjemput waris kaum kerabat Hj Samah utk sama-sama memeriahkan majlis.

      Tahniah sekali lagi kepada pasangan pengantin ,semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan selamat datang ke keluarga besar Hj Samah. 


          Jom layan gambar-gambar di sekitar majlis...

Sillaturrahim Selamanya


























20 January 2025

Walimatulurus Amira - Ank PakLong Hasan Pattani

                      Alhamdulillah pada tarikh 18 Jan 2025 telah berlangsung majlis perkahwinan  Amira Binti Hasan dengan pasangannya Abdul Fairuz Bin Ehsan di Batu 15,Jln Sintok,Taman Universiti Utara Malaysia ,Kedai Jagoh Tomyam Changlun Kedah. Tahniah di ucapkan, semoga kekal hingga akhir hayat.


         Terima Kasih juga kepada wakil abg Shahrul yang telah menjemput seluruh sanak saudara dari semenanjung. Alhamdulillah ramai yang hadir. Meriah dan bertuah kami dapat bertemu sanak saudara keluarga dari Pattani..


        Jom layan gambar-gambar di sekitar majlis...

Sillaturrahim Selamanya