01 November 2015

Peperiksaan SPM 2015

Kepada anak2 keluarga hj Samah  yang bakal menduduki peperiksaan SPM mulai 2/11/15 hingga 8/11/15, didoakan semoga mereka berjaya dengan cemerlang dan dipermudahkan untuk menghadapi ujian tersebut dengan tenang.

آمِيّنْ  آمِيّنْ  آمِيّنْ  يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن ُ

Apabila kita melakukan sesuatu dengan bersusah payah dan tidak mudah putus asa, Allah akan memberikan ganjaran yang lebih besar kepada kita berbanding orang yang senang untuk mendapatkan sesuatu. Semakin susah Allah uji kita Semakin Banyak ganjaran yang Allah nak berikan kepada kita.

Selagi mana kita tidak berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran selagi itu Allah tidak akan bagi yang terbaik untuk kita. Apa yang kita dapat dalam peperiksaan semua bergantung kepada usaha kita dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah s.a.w. Selepas kita berusaha bersungguh-sungguh bertawaklah kepada Allah. Seperti Firman Allah:

فًإِذًا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَهِ إِنَّ اللَهَ يُحِبُّ المُتَوَكِّلِينَ

“sekiranya kamu telah membulatkan tekad , bertawakallah kepada Allah.sesungguhnya Allah suka kepada orang yang Bertawakal.”
— Surah Ali’Imran ayat 159




16 September 2015

Hari Malaysia

Selamat menyambut hari Malaysia kepada semua ahli keluarga Hj Samah. Apa pun aktiviti anda semua pada hari ini, di doakan semoga semuanya berjalan lancar. Moga Allah S.W.T merahmati kita semua dan dalam lindunganNya selalu...





08 September 2015

UPSR 2015

Peperiksaan UPSR kembali lagi. Pada tahun ini 2015 jatuh pada 8/9/15 hingga 10/9/15.

Peperiksaan UPSR penting untuk pemilihan ke asrama tahfiz atau asrama yang bagus.

Senarai nama waris - waris Hj Samah yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini ialah :

1- MUHAMMAD WILDAN BIN MOHD TAZRI
2- AINA NAJIHA BT NAHAR
3- NURIN MAISARAH BT MOHAMED FAUZI
4- IKHWAN FAHMI BIN JAMAL KHAIRI.
5. MOHAMAD HARITH BIN MOHD TARMIZI

Doakan nama-nama anak dan anak buah di atas beroleh 5A dalam peperiksaan penting ini.

-moga dengan keputusan cemerlang itu mereka terpilih untuk masuk ke sekolah tahfiz atau sekolah agama yang bagus .

- dengan itu mereka dapat menghafaz alquran dan cemerlang dalam pelajaran yang lain. 

- moga nama-nama di atas dapat membela agama Allah dimasa akan datang

Amin ya rabb ya zaljalaliwalikram.


23 August 2015

Undangan Perkahwinan - Jitra

Jemputan Walimah


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Baginda Ar-Rasul Sallalahu Alaihi Wasallam bersabda;
“Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunnahku itu”.
(Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas r.a)

Dengan penuh rasa hormat dan rendah diri, kami:

AMINAH BINTI SALLEH( Mak Ndak)

(Arwah bang Ein Asun)

Ingin menjemput waris2 keturunan Hj. Samah ke majlis perkahwinan putera putera permata hati kami

Dan dengan rasa berbesar hati juga, kami menjemput ke Majlis Walimatul Urus di :



Kg. Bukit Beruas,Mukim Binjal,
06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

Ahad 20 sept 2015.

Aturcara majlis :
12T/hari- 6.00ptg : Jamuan makan



Doakan agar diberkahi perjalanan membina rumahtangga da'wah ini.

Jemput datang semua









09 August 2015

Majlis Perkahwinan - Kota Gelanggi 2

Tahniah kepada Noor Nabila Huda dan pasanganya Mohamad Khairul Faaizi kerana selamat di ijab qabulkan pada 7 Ogos 2015.  Shukur kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan rahmatNya majlis pernikahan dan persandingan anak perempuan PakNgah Din dan MakNgah Asiah di Kota Gelanggi 2 pada 8 Ogos 2015 berjalan lancar.



Penulis mewakili pihak sanak saudara yang datang dari jauh dan bermalam di Kota Gelanggi ingin merakamkan berbanyak terima kasih atas semua yang disediakan seperti tempat tinggal, sarapan pagi dan lain-lain.

Alhamdullillah pada majlis kali ini dapat mengumpulkan ramai sanak saudara Hj Samah yang jauh mahupun yang dekat. Mengikut yang di beritahu kepada penulis inilah pertemuan keluarga Hj Samah terbesar dan teramai sejak sekian lama...







Semoga pertemuan kali ini dapat melepaskan kerinduan yang lama tidak ketemu, dan tak lupa juga merapatkan sillaturrahim keluarga Hj Samah. In syaa Allah di lain masa di lain tempat kita akan berjumpa kembali.

Akhir kata dari penulis buat pengantin baru

Sungguh harum bunga rampai
Dibawa orang ke tengah balai
Sanak saudara sahabat handai
Datang meraikan dua mempelai

Sungguh segak suami idaman,
Atas pelamin tersipu malu,
Supaya hidup berdua aman,
Bertolak ansur amalkan selalu,

Sanak saudara jauh dan dekat,
Ke rumah pengantin itu matlamat,
Supaya hidup mendapat berkat,
Sabar dan setia jadikan azimat,


Sekian,


p/s - untuk melihat gambar-gambar sekitar acara majlis sila klik pada aktiviti di atas.






30 July 2015

Undangan Perkahwinan


Assalamualaikum w.b.t

Undangan perkahwinan daripada Tajudin atau lebih di kenali dengan panggilan PakNgah Din menjemput semua sanak saudara KELUARGA HJ SAMAH ke perkahwinan anak perempuan beliau.

Tarikh : 8 Augus 2015
Tempat : Dewan Semai Bakti Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut Pahang.

Untuk maklumat lanjut boleh lihat di kad pekahwinan anak beliau. Semoga majlis perkahwinan anak PakNgah Din berjalan dengan lancar. Tahniah kepada Nabila dan pasangannya.




Teratak tua dipohon duku

Pagar berjenis dari Sikamat

Merafak doa memohon restu

Agar majlis berkat selamat






23 July 2015

Salam Pengenalan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dengan lafaz Bismillah...setelah di persetujui adik beradik dan sanak saudara maka dengan ini tertubuhnya BLOG


KELUARGA HAJI SAMAH.



Mudah mudahan dengan adanya blog ini dapat mengumpul sebanyak mungkin maklumat susur jalur Hj Samah dan dikumpulkan untuk bacaan dan rujukan generasi sekarang dan akan datang.

In syaa Allah, kita akan adakan perjumpaan keluarga terbesar Hj Samah, marilah sama-sama kita berdoa agar di permudahkan segala urusan perjumpaan keluarga besar kita. Aamiinn...

Sekian,