PATTANI

Kaum Kerabat di Pattani

        Sejarah bermula di perkampungan kecil bernama kampung Telaga Jambu di mukim Bo Thong, daerah Nong Chik , wilayah Pattani. 

       Lokasi perkampungan masih wujud sehingga sekarang. (Masjid Telaga Jambu) rata-rata masih di diami oleh waris-waris keluarga hj Samah.


Masjid Telaga Jambu


        Hj Samah bin Samat. Mempunyai 8 orang adik beradik. Hanya beliau seorang sahaja yang merantau dan berdagang ke Kedah. Waris adik beradik yang lain masih ada di Kampung Telaga Jambu dan sehingga kini (Julai 2024) ramai waris bertebaran sehingga  ke 3 wilayah selatan Thai. (Pattani, Yala, Narathiwat)

        Makam Tok Samat juga masih ada, tidak jauh dari Masjid Telaga Jambu.

Di bawah senarai adik beradik Hj Samah:-

1. Cek Yo
2. PakNgah Samah
3. Cek Dah
4. Ceh Mah
6. Mak Cubah
7. Cek Joh
8. Cek Wok


Carta Salasilah Keluarga Tok Samat


          Senarai nama diatas tidaklah mengikut urutan adik beradik kerana masih tiada maklumat sahih lagi. Walaubagaimana pun mengikut info dari waris yang masih ada, itulah nama-nama yang sahih.





3 comments: