Hj Samah bin Samat berasal dari kampung Telaga Jambu, mukim Bo Thong, daerah Nong Chik, wilayah Pattani. Mempunyai 8 orang adik beradik. Di percayai hj Samah adalah ank ke2 dari 8 adik beradik, ini kerana waris-waris yang ada memanggil dengan gelaran pangkat Pak Ngah Samoh.
Dilahirkan sekitar tahun 1890an, mula berhijrah dan berdagang ke Kedah ketika berumur belasan tahun bersama 2 lagi sahabat dan seekor kerbau pada tahun sekitar lepas perjanjian Bangkok 1909 ( Perjanjian Inggeris - Siam ).
Menurut maklumat daripada anak bongsu hj Samah yang masih ada sehingga sekarang ( Julai 2024 ) TokSu Yam, beliau bersama 2 sahabat dan seekor kerbau berjalan kaki melalui denai-denai dari kampung KokPo di Pattani sehingga ke Kedah. Perjalanan mengambil masa 8 hari 8 malam.
Sampai di Kedah, di kampung Tok Kepak mereka mengambil upah mengerjakan bendang-bendang di kampung tersebut. Hj Samah bertemu jodoh dan bernikah dengan Hjh Chik binti Awang dan menetap di kampung tersebut. Kini kampung tersebut dikenali sebagai kampung Lana Bulu, Ayer Hitam Kedah.
| Kampung Lana Bulu |
Hj Samah dan Hjh Chik mempunyai anak seramai 8 orang, 4 lelaki 4 perempuan. Di bawah senarai nama anak-anak hj Samah.
1. Zakaria (Wa Ya)
2. Che Som
3. Che Mah
4. Ahmad (PakNjang Mad)
5. Ismail
6. Che Wa
7. Hasyim
8. Mariam (TokSu Yam)
No comments:
Post a Comment