Tahniah kepada Noor Nabila Huda dan pasanganya Mohamad Khairul Faaizi kerana selamat di ijab qabulkan pada 7 Ogos 2015. Shukur kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan rahmatNya majlis pernikahan dan persandingan anak perempuan PakNgah Din dan MakNgah Asiah di Kota Gelanggi 2 pada 8 Ogos 2015 berjalan lancar.
Penulis mewakili pihak sanak saudara yang datang dari jauh dan bermalam di Kota Gelanggi ingin merakamkan berbanyak terima kasih atas semua yang disediakan seperti tempat tinggal, sarapan pagi dan lain-lain.
Alhamdullillah pada majlis kali ini dapat mengumpulkan ramai sanak saudara Hj Samah yang jauh mahupun yang dekat. Mengikut yang di beritahu kepada penulis inilah pertemuan keluarga Hj Samah terbesar dan teramai sejak sekian lama...
Semoga pertemuan kali ini dapat melepaskan kerinduan yang lama tidak ketemu, dan tak lupa juga merapatkan sillaturrahim keluarga Hj Samah. In syaa Allah di lain masa di lain tempat kita akan berjumpa kembali.
Akhir kata dari penulis buat pengantin baru
Sungguh harum bunga rampai
Dibawa orang ke tengah balai
Sanak saudara
sahabat handai
Datang meraikan
dua mempelai
Sungguh segak
suami idaman,
Atas pelamin tersipu malu,
Supaya hidup
berdua aman,
Bertolak ansur
amalkan selalu,
Sanak saudara
jauh dan dekat,
Ke rumah
pengantin itu matlamat,
Supaya hidup mendapat berkat,
Sabar dan setia jadikan azimat,
Sekian,
p/s - untuk melihat gambar-gambar sekitar acara majlis sila klik pada aktiviti di atas.







No comments:
Post a Comment