05 July 2024

Perjumpaan Kaum Kerabat Tok Samat di Pattani Thailand

       Pada tanggal 23 Jun 2024 telah diadakan perjumpaan pertama kaum kerabat moyang Tok Samat di pondok Telaga Jambu, Pattani. Keturunan hj Samah juga telah di jemput hadir.


Jalan masuk ke Pondok Telaga Jambu


Pondok Telaga Jambu

        Walaupun dengan jemputan masa yang singkat, 3 waris keluarga hj Samah sempat menghadiri majlis tersebut. Waris dari keluarga Tok Che Som iaitu Kak Hazizah sekeluarga, waris dari keluarga TokWan Mad iaitu MakNgah Nab sekeluarga  dan waris dari Tok Che Mah iaitu PakTeh Isyak sekeluarga. Syabas dan tahniah!


Kak Hazizah sekeluarga


PakTeh Ishak


Keluarga MakNgah Nab


       Majlis dirancang rapi oleh Ustad Thohir dan waris2 cucu kepada Tok Samat. Beliau tinggal di lokasi PondokTelaga Jambu .Mesyuarat awal telah diadakan bersama-sama dengan waris yang lain di rumah Ustad Thohir. Beliau sangat terharu dan gembira dengan kehadiran pertama perjumpaan hampir 300 orang.


Perancang Utama Majlis


Ustad Thohir, Ibunya dan Kakak Sulong


          Syukur alhamdulillah,  atas gerakNya, perjumpaan buat pertama kali berjaya dilaksanakan. Malah dengan majlis ini secara tidak langsung dapat mengenali kaum kerabat yang lain dengan lebih dekat. Adik beradik hj Samah juga dapat dikenali...sungguh tak sangka, perancangan dan diberi kesempatan waktu olehNya untuk berjumpa dengan kaum kerabat yang lain. 


             Inn Syaa Alloh, mengikut kata dari Ustad Thohir perjumpaaan sebegini akan diadakan lagi di masa hadapan untuk mengeratkan lagi tali sillaturrahim. Alhamdulillah ya Robbb. Aamiin



No comments:

Post a Comment